Monday, 19 January 2015

Langkawi (Day 3)

Pagi hari ketiga dimulakan dengan breakfast kat area Cenang. Lepas makan tu terus pegi ke Underwater World Langkawi yang ade sederet dengan The Zone (tempat sopin bebas cukai katenye). Tengok dari luar nampak kecik jek. Sekali masuk dalam rasa macam betul-betul ade dikalangan binatang. Kehkehkeh...Besar oiii..Dari hidupan laut, ke kehidupan darat sampai la ke kehidupan udara..Errrr... Memang sangat sesuai la kalau nak bawak anak-anak mengembara. Kawasan pun bertutup so takde la panas. Luar Underwater World ni nanti jumpa kedai-kedai souvenir yang boleh engkorang beli sebagai tanda kenang-kenangan. Dan aku, macam biaselah cume suke jalan-jalan tak suke membeli-belah. Hikhik..

Check this out.

Dah macam perhimpunan pagi kat sekolah. Comeiiiii....























Underwater World Langkawi
Zon Pantai Cenang,
Mukim Kedawang,
07000 Langkawi, Kedah.
Tel : +604-955 6100
Fax : +604-955 6103
Website : www.underwaterworldlangkawi.com.my

Dekat 2 jam pusing dalam tu, kami terus belek map dan menuju ke tapak kawasan Beras Terbakar yang terletak di kawasan Padang Matsirat. Tiket masuk adalah percuma.. Cuma nak ke tapak kawasan tu kena berjalan sket la lalu kedai-kedai. Sambil cuci mata, boleh cuci poket skali katenye. Huhuhu...Padi-padi ni dibakar adalah kerana.........

1819 – Lebih kurang 30 kaki persegi dan beras-beras tersebut dikatakan perlu ditanam 3 kaki di bawah tanah.
Tempat iti dikatakan juga sebagai gudang untuk menyimpan semua beras yang telah dikumpulkan daripada para petani sebagai bayaran cukai selepas tuaian. Dikatakan juga keuntungan beras akan meningkat selepas hujan lebat.
Beberapa bulan selepas pemerintahan Dato Kamajaya, pulau tersebut diserang oleh Siam. Pertempuran sengit antara Dato Kamajaya bersama barisan pahlawan mereka telah dibunuh berlaku di Selat Berhala Balik. Di mana selat yang membawa ke Jeti Kuah sekarang.
Sebelum pertempuran, Dato Kamajaya dapat merasakan bahawa Langkawi bakal kalah di tangan pihak Siam.  Jadi beliau mengarahkan orang-orangnya untuk membakar gudang tersebut bagi mengelakkan ianya jatuh ke tangan pihak Siam. Orang terdahulu mempercayai hal dimana kegagalan Dato Kamajaya mempertahankan Pulau Langkawi adalah berikutan dari sumpahan Mahsuri.
Dan misteri tinggal misteri kerana beras-beras yang dibakar tidak bertukar menjadi debu seperti yang sepatutnya juga dikatakan bukti sumpahan.

Wallahualam…

Tapak kawasan Beras Terbakar ni dalam kawasan rumah penduduk di Langkawi. Masuk adalah percuma. Cumanya janganlah pulak masuk dalam rumah orang tu. Hihiii

Yang tinggal~~~

Antara Beras Terbakar yang dapat dipamerkan dan sumbangan ikhlas para pelawat untuk meastikan tapak kawasan ini sentiasa terpelihara....

After that langkah dimajukan ke kilang gamat which is known as Nusantara Gamat Langkawi yang terletak di Jalan Padang Matsirat. Masa nak pegi tu engkorang akan jumpa la Hospital Langkawi. Jalannya tegak jek ala-ala highway. Nak bembat 180km/j pun takde sape nak marah. Kahkah... Masa aku sampai tu memang tak ramai orang tambahan bukan time cuti. So engko boleh la pusing-pusing dalam kedai tu tanpa berselisih bahu waima punggung sesapa. Dalam kedai tu baq ang, punye la banyak produk-produk berasaskan gamat. Tapi satu pun aku tak beli. Kah kah kah lagi.




Lee kata try celup tangan kat dalam tu. Langsung tak panas. Dah balik baru bagitau. Cisss
Nusantara Maju Enterprise
Kampung Bayas Jalan Padang Matsirat
07000 Langkawi,
Kedah, Malaysia.

Seterusnya perjalanan diteruskan ke Telaga Harbour Marina which is located at Pantai Kok, Langkawi. Aku tak tau ape yang tersirat pasal tempat ni. Yang aku tau tersurat adalah tempat pelabuhan kapal-kapal yang mana bila sampai sana aku rasa kagum yang luar biasa. Kat situ kalau nak buat outdoor untuk wedding bleh gak wei. Pandangan dia nice tu. Ahhh dah berangan dah ni. Hiukhiuk...



Telaga Harbour Sdn. Bhd.
Lot 1, Telaga Harbour Park, Pantai Kok,
07000 Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Tel : +604 959 2202

Dan macam biasalah bila petang menjelma, tourist guide tak berbayar kami mesti ajak lepak kat pantai hujung airport menikmati semangkuk laksa power bersama sebijik air nyoq. Sambil-sambil menikmati sunset kat tepi pantai. Pehh feeling gila la walaupun pegi banyak kali. Terimbau kenangan-kenangan percintaan lama yang ntah apa apa dulu.

So on that night, aku diajak untuk menyumbangkan suara yang ala-ala Dayang Nurfaizah tu. Mana lagi kalau bukan family karaoke. Hihihi baru dia tau penangan suara orang Johor ni camna. Ehhh esok last day!! Arghhhhhhhhhhhh-------

Sunday, 11 January 2015

Langkawi (Day 2)

Hmm hamboi sampai ketahun depan aku punye tomorrow kan...Hari kedua kami di sana bangun agak awal sebab WE GONNA HAVE OUR MANGOVE TRIP!! Yahoooo....Yup yes ni la dia kejutan dari Lee. So seawal jam 9 pagi kami dah terpacak kat Tanjung Rhu. Kami difahamkan trip ni bermula pukul 9pagi hingga 2petang beserta pakej makan which all cost RM 80/person only...Murah sebab chartered boat. Kami dibawa pusing sekitar pulau-pulau berhampiran. Kami jugak dibawa pergi melawat ke Gua Kelawar, Gua Buaya, Fish Farm dan lain tempat yang aku sendiri sampai lupa.

Tanjung Rhu.













Gunung ni kalau kita dapat tengok ade iras gorilla. Tapi jangan tanya apa jantina dia. Wa pun tak taw!



This is our tourist guide ; Mr. Bard.


Di Fish Farm

Luar Bat Cave.


















Around 1pm we having lunch at Floating Restaurant. Memang bergoyang-goyang restoran tu time makan. Lepas blurpppp Alhamdulillah....Kami pun bergerak pulang ke Tanjung Rhu. Terima kasih yang tak terhingga kat Lee sebab bagi kami peluang bermangrove secara FREE.. Huhuhu tu yang super syok tu~



Lepas puas pusing pulau, kami terus pegi ke Cable Car (Sky Cab). Dengan adanya Waze,lancar sungguh perjalanan kami. Hahaha tengkiu waze hoihhh! Tiket naik cable car RM 30/person for adult. Tapi untuk warganegara yang tunjukkan ic, hanya RM15 sahaja. Kat atas tu ade 2 platform dan kami naik sampai atas skali. Memang sangat gayat. Pasal mase naik tu memang slow gile dia bergerak. Rase macam tak bergerak. Tapi bila sampai atas memang, MasyaAllah kagum sangat dengan keindahan yang ade kat puncak Gunung Mat Cincang tu.



Belum pun sempat kaki ni cecah tanah, Lee ajak kami pi mengai. Tau mengai tu ape? Mengai tu mancing. Haaaa kan tak pernah umur aku ikot orang mancing. Tapi ikot jugak sebab nak layan sunset kat betul-betul tengah laut yang mana dikenali sebagai Andaman Sea. Kami naik dari Tanjung Rhu pastu terus pergi tengah laut. Lee cakap lagi 5 minit je sampai sempadan siam. Tapi rugi sangat masetu sebab aku boleh plak tetiba mabuk laut. Spoil gile wei! So dah dekat pukul 7 tu kitorang terus balik hotel. Letih!

Floating Restaurant masa mangarove~



















So malam hari plak tempat yg aku rase memang wajib pegi kalau dah sampai Langkawi dah semestinya Dataran Lang (Eagle Square). Sempat la snap picture sedas dua. Buat kenangan orang kate dengan tourist guide tak berbayar kami. Huhu sape lagi kalau bukan Lee. Lepas abes kodak, terus pegi makan. Aku makan banyak mase kt sane. Kuikuikui~





















Ok mase dah time sebab jadual 1 hari sangat pack. Malam tu kami tido awal. Ye awal sangat! Dok kira-kira belen hari yang ade nak pusing Langkawi. Dan tiba-tiba.....SEDIH! Kbai..