Friday, 3 July 2015

Trip To Langkawi....Again!

Assalamualaikum.

Hallo hallo.....Ahhhh aku ni jarang-jarang rasanya update pasal bercuti secara live mahupun sejurus lepas balik dari bercuti tu. Biasanya cuti aku basi-basi belaka. Eh rajin sket laa... Bukan pe. Lately ni kerja lebih banyak dari masa terbuang. Dek kerana ekonomi negara yang aku rasa main lama makin meruncing ni, aku terpaksa pergi gelap balik gelap. Ahhh propa sangat. Ok here we go!!

Since 11/2014, rasanya agak lama tak bercuti. So plan punya plan, then aku decide nak gi holiday! Macam biase ah dengan my best partner, Cik Ain. And well, kemana lagi kalau bukan ke Pulau Langkawi. Mak kate laut kat Langkawi dah bosan tengok muka aku. Elehh silap besar la mak..Huhuhu..

Our vacation start from 07/02/2015 until 11/02/2015 menaiki pesawat Airasia AK6310. Dan aku rasa percutian kali ni paling emmm boleh dikatakan tak berapa nak ok kot. Kalau ikut rekod perjalanan sebelum ni memang berjanggut nak tunggu bas dengan flight sampai. Tapi kali ni punya vacation memang mencabar nak mamp*s. Dengan bilik tak book lagi, kes hampir-hampir terlepas flight, dan macam-macam lagik.



Terlalu banyak scene yang aku rasa seakan bagi petunjuk yang tak berapa nak best. Paling tak boleh lupa kes hampir tertinggal flight. On that day flight kami dijadualkan berlepas pukul 3.30ptg. Mase kami masuk kat domestic departures ni dah sedang molek kira tak kan lambat la. Nak dijadikan cerita, gate pelepasan kami kat pintu K. From drop off to K gates tooks up to 19 minutes. Lepas pada check imigresen tu dok usha la kedai-kedai yang ade kat situ sebab bajet memang sempat la sampai ke gate.

Engkorang tengok le sendiri layout yang aku lukis rembat dari google.


"Ain, flight kita 3.30..." yang mana pada waktu tu jam dipergelangan tangan menunjukkan pukul 3.15ptg dan kami berdua sedang bersenang-senang kat 1 kedai ni.

"Wei jap jap nak wrap hadiah ni"

Lepas pada tu kaki ni terus pecut la takot kalau kena tinggal. Dah la kena kat gate K, sekali tengok kena kat K10. Jauh gila hoi!! Ok langkah dipercepatkan sambil-sambil mata dok usha timing board yang ade bersepah berjoget seakan-akan mengejek kami yang dah terlambat tu. Sempat aku usha flight to Langkawi AK6310 dah berstatus FINAL CALL.. Pehhh masetu tinggal pasang lagu korea je dah rasa macam dalam drama. Tak pedulik dah gaya berlari dah macam hape. Perjalanan jauh lagi ni. Sampai kat K8, status dah tukar CLOSED!!!! Terus tak semena-mena aku termenjerit. Punyalah cuak sampai tak pedulik dah mata-mata yang memandang. Dengan pikul beban kat bahu lagi, terus buntang mata tengok pertukaran status tu. Ain terus pecut ke K10. Aku dah tak larat nak lari masetu. Sampai kat K10, lengang takde orang. Pintu kaca tu pun dah tertutup rapat dan yang ada hanyalah sorang stewardess yang cantik tersenyum simpul. Dup dap dup dap jantung macam nak lucut baq ang.

"Kak, boleh masuk lagi ke?" tanya Ain separuh simpati. Aku kat belakang dah menikus sambil turut bagi muka simpati. Dalam hati dah separuh redha dah incase kalau tak dapat masuk pun.

"Ok ok boleh. Pegi kat pintu sana". Sambil dia koyak separuh boarding pass.

Phewwww~~~ Alhamdulillah.....
Dan dengan tenang masuk ke dalam kabin sambil buat muka tak bersalah. Sepanjang perjalanan dok throwback tragedi ni sampai la kapai tu touch down kt Langkawi. Eh pengalaman beb. Kalau tak, tak beringat. Kahkah...Tu la dia drama sebabak yang sempat aku ceritakan semula untuk pengajaran. Tu tak cerita lagi malam tu jatuh dalam longkang. K malas nak cerita. Kahkahkahakkkk~