Sunday, 11 January 2015

Langkawi (Day 2)

Hmm hamboi sampai ketahun depan aku punye tomorrow kan...Hari kedua kami di sana bangun agak awal sebab WE GONNA HAVE OUR MANGOVE TRIP!! Yahoooo....Yup yes ni la dia kejutan dari Lee. So seawal jam 9 pagi kami dah terpacak kat Tanjung Rhu. Kami difahamkan trip ni bermula pukul 9pagi hingga 2petang beserta pakej makan which all cost RM 80/person only...Murah sebab chartered boat. Kami dibawa pusing sekitar pulau-pulau berhampiran. Kami jugak dibawa pergi melawat ke Gua Kelawar, Gua Buaya, Fish Farm dan lain tempat yang aku sendiri sampai lupa.

Tanjung Rhu.













Gunung ni kalau kita dapat tengok ade iras gorilla. Tapi jangan tanya apa jantina dia. Wa pun tak taw!



This is our tourist guide ; Mr. Bard.


Di Fish Farm

Luar Bat Cave.


















Around 1pm we having lunch at Floating Restaurant. Memang bergoyang-goyang restoran tu time makan. Lepas blurpppp Alhamdulillah....Kami pun bergerak pulang ke Tanjung Rhu. Terima kasih yang tak terhingga kat Lee sebab bagi kami peluang bermangrove secara FREE.. Huhuhu tu yang super syok tu~



Lepas puas pusing pulau, kami terus pegi ke Cable Car (Sky Cab). Dengan adanya Waze,lancar sungguh perjalanan kami. Hahaha tengkiu waze hoihhh! Tiket naik cable car RM 30/person for adult. Tapi untuk warganegara yang tunjukkan ic, hanya RM15 sahaja. Kat atas tu ade 2 platform dan kami naik sampai atas skali. Memang sangat gayat. Pasal mase naik tu memang slow gile dia bergerak. Rase macam tak bergerak. Tapi bila sampai atas memang, MasyaAllah kagum sangat dengan keindahan yang ade kat puncak Gunung Mat Cincang tu.



Belum pun sempat kaki ni cecah tanah, Lee ajak kami pi mengai. Tau mengai tu ape? Mengai tu mancing. Haaaa kan tak pernah umur aku ikot orang mancing. Tapi ikot jugak sebab nak layan sunset kat betul-betul tengah laut yang mana dikenali sebagai Andaman Sea. Kami naik dari Tanjung Rhu pastu terus pergi tengah laut. Lee cakap lagi 5 minit je sampai sempadan siam. Tapi rugi sangat masetu sebab aku boleh plak tetiba mabuk laut. Spoil gile wei! So dah dekat pukul 7 tu kitorang terus balik hotel. Letih!

Floating Restaurant masa mangarove~



















So malam hari plak tempat yg aku rase memang wajib pegi kalau dah sampai Langkawi dah semestinya Dataran Lang (Eagle Square). Sempat la snap picture sedas dua. Buat kenangan orang kate dengan tourist guide tak berbayar kami. Huhu sape lagi kalau bukan Lee. Lepas abes kodak, terus pegi makan. Aku makan banyak mase kt sane. Kuikuikui~





















Ok mase dah time sebab jadual 1 hari sangat pack. Malam tu kami tido awal. Ye awal sangat! Dok kira-kira belen hari yang ade nak pusing Langkawi. Dan tiba-tiba.....SEDIH! Kbai..

2 comments:

  1. Cantik betul pemandangan kat Langkawi ni. Tak payah pi shopping, takat tengok pemandangan pun dah rasa enjoy sangat dah :-)

    ReplyDelete