Wednesday, 17 September 2014

Langkawi (Day 1)

Huhuhu naik sedih tengok blog sendiri yang macam takde tuan ni ha..Busy busy busy sampai terabai 1 kesayangan ni..

Ok takmau panjang cerita.. Memang nak kasi habis punya story pasal vacation kitorang yang dah basi tu. Previous story here . Dan yang paling penting dah langsung pun wedding my aunt. Nah belanja 1 gambar. Hee...



So esok paginya kitorang bangun agak lambat sebab tido lambat.. Around 11am, kitorang terus pegi ke Kompleks Haji Ismail Group kat pekan Kuah. Bukan nak shoping tapi sebab nk amek angin aircond. Kehkehkeh. HIG la ni cantik baq ang. Hotel dia pun dah terpacak kat sebelah. Sesambil tu usha la jugak buah tangan untuk diri sendiri. Ni nak kaborkan kalau nak beli keychain or fridge magnet or something like that, better beli kat dalam kedai HIG. Pasal dalam kompleks HIG tu banyak kedai lain dan kiosk kecik. Dan harga dalam kedai HIG itu sendiri dah murah. Rambang mata kau!


So lepas dapat sejukkan badan, belek punya belek map, we decide to go to Makam Mahsuri. Tiket masuk RM 5 per person for adult and RM 3 per person for child (Warganegara dengan MyKad). Waktu operasi dari pukul 8am till 6pm. Hah cuaca kat sana jangan cakap la kan..Panas wooo! Haha takpe kami gagahkan jugak..Banyak cerita pasal Mahsuri ni yang mana bila hayati betul-betul mau keluar air mata ni. Tak same perasaan bila ade kat sane. Dengan background music, replika ape sume memang tambah syahdu. Al-fatihah untuk beliau.






Al-fatihah~



Agak lame la jugak kami pusing kat Makam Mahsuri tu.Yela bukan selalu dapat berjalan camni punya lama kan. So after that kami dapat call dari member baru yg deal pasal kereta sewa kitorang ni,En.Lee.... And guess what? Dia ajak kami lepak kat tepi pantai sebelah airport sambil makan laksa. Ingatkan ade ape la kan...So dia pick up kami dari hotel pastu terus pegi sana. Aku si sang jakun ni punyalah happy bukan je dapat makan laksa, tapi dapat tengok sunset tepi pantai woooo!!!! Huhu memang kegilaan aku kalau dapat tengok sunset ni.



Romantika de amor. Ouchhhh~~~!


So lepas dah puas tengok sunset, perut pun dah kenyang, dengan lajunya Lee anta kami balik hotel. What a nice guy I think ya.. Hmm and I think I should post about this Mr.Nice Guy..Huhu..

Malam tu kami tak kemana memandangkan badan rasa letih sangat. Lagipun ape yang nak dikejar. Lame kot kami kat sane. Plus we got surprised from Lee!! Nak tau ape? So see u tomorrow. Huhu~