Wednesday, 18 June 2014

Trip to Langkawi

Orait lupekan seketika masalah kereta. Biaq pi pandailah centre nak kasi setel camne kn..

Wuhuuuu kali ni aku tak nak simpati pun. Cume nak share long vacation aku ke Langkawi dengan makcik aku sebelum diijab kabulkan on June 2014. Congratulations in advance. Mihiii... Our vacation are from 17/02/2014 -  20/02/2014. Holiday ni dah lame pun plan since 10/2013.. Haaa tudiaaa memang plan bebetul sebab nak cuti panjang. Biar semua smooth.. Kitorang book hotel siap-siap cume kereta sewa jek tak carik lagi. Sebab dek kerana kepandaian kitorang yang konon nak carik kat sane jek. Pastu mendapattt.

Kitorang gerak dari LCCT ari ahad pukul 10 malam camtu. Lepas check boarding pass, kite tak dengar la plak flight nombor berape. Ekceli macam tak payah tau pun takpe kot sebab memang semua orang kat situ nak gi Langkawi. Tapiiii sebab takot terlepas sampai Phuket, gagahkan jugak diri pi tanya sorang brader ni..Dia cuma kate 'Ikot jela depa suma ni.Ni suma nak pi Langkawi jugak'.. The truth is, dia pun tak tau flight nombor berapa. Cehhh!! So dia pun tanye la datang sebab nak bercuti ke sebab study. Bila kitorang cakap nak bercuti, dia tanya plak dah ade kereta sewa ke belum. '....macam nak carik kat sane jek nnti...' Mohon jangan buat camtu ye sume lagi-lagi bila sampai sane dah lewat malam. Alamatnye tido kat airport.

So penyewaan kereta kami diselesaikan oleh brader tadi yang hanya mahu dikenali sebagai Lee.. Lepas dapat kereta ape semua, kitorang terus ke tempat tidoq yang dah siap di booking di T-Star Cottage. Tempat dia memang sangat best. I'll give them 4/5 star.. Lokasi kat Chenang. Takde la ulu sangat dan sangat mudah untuk dicarik. Sampai sane tambah 1 malam sebab kitorang sampai awal. Lepas check in, terus kluar carik port makan. Lapaq baq ang....

So sini aku belanje gambar cottage kitorang.





RM 75 for first night and RM 55/night for the next night. Paling paling paling suka tang toilet jek. Haha..Kat sini ade jugak disediakan kereta sewa tapi nak buat camne..Hati dah terpikat dengan kereta lain hoihhh..



Konsep yang diketengahkan kat situ ade sket ciri kampung. So when u get there, u'll feel so calm and relax. Pilihan kami Kampung House-Ground Floor. Jimat k jimat! Memang carik yang paling save cost sebab datang sane bukan untuk tido semata. Ha tips jugak tu. Asal selesa sudah tapi janganlah plak carik yang cikai sangat.

So malam tu kami tido dalam keadaan mengenyangkan. Alhamduliiah..Pengembaraan bermula on the next day.. Zzzzzzz~~~