Monday, 15 December 2014

World Cup Asia 2014 in Langkawi

Assalamualaikum w.b.t..

Baru-baru ini (tak berapa nak baru) iaitu pada 6-9 November 2014 telah berlangsungnya perlawanan paintball World Cup Asia 2014 yang diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi. Perlawanan bermula seawal jam 8.0 pagi hingga 10.00 malam.

Dan aku selaku wakil peneman penyokong kepada team G-Army Langkawi telah pun bertolak dengan sorang member aku dari KLIA 2 menaiki pesawat Airasia (I love Airasia........sebab delay sejam!) pada 6/11/2014. So sampai jek sane terus makan pastu check in kat homestay yang bertempat di Kuah.. Emm ntah kenapa nampak formal sangat ayat aku kali ni...

So sepanjang 3 hari berikutnya tu amatlah busy kat dewan. Acah-acah busy jek sebenarnya konon jadik crew. Dan Alhamdulillah team G-Army Langkawi dapat Champion Divison 4 seterusnye merangkul gelaran Overall Champion. Tahniah untuk player G-Army yang terdiri daripada Zamri (Boss), Khairul Anuar (Arnot), Muhammad Bazli (Sayang..Ehhhh Pali a.k.a Lie Crono), Aliff Ikhwan (Kwang), Mohd Faiz Shazwan (Bob), Kerol Najiem & Rosmadi Hussin....Dan majlis penyampaian hadiah malam tu kat Langkawi Lagoon~~

Aku stay kat sane dari 6/11/2014 sampai 10/11/2014..So the last day tu kami pusing-pusing la kat Langkawi sementare tunggu flight pukul 7. Takde la pusing mana pun. Just beli coklat yang kakak-kakak kirim pastu karoke sepam dua.. Kuikui...Biase la dah last day memang akan layan feeling sket. Ni aku belanje sket la gambar sekitar game.



Final














Barisan pemain @Langkawi Lagoon Resort~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

All Rankings of the 2014 World Cup Asia and Nations Cup.

Nations Cup
1- France
2- USA
3- Malaysia
4- Australia

Division 1
1-  Aisawan (Thailand)
2 - STK (Australia)
3- Datis (Iran)
4- Raskal (Malaysia)

Division 2
1- Speed Aisawan (Thailand)
2- Unknown (Malaysia)
3- CMX (Malaysia)
4- Duckside (Malaysia)

Division 3
1- Virgin Aisawan (Thailand)
2- MPPP Jokers(Malaysia)
3- Speed Overshoot(Thailand)
4- Imperia (Malaysia)

Division 4
1- G Army Langkawi(Malaysia) YAHOOOOOOO!!!!!
2- Jalak Team Tact (Mal)
3- MPJBT Tigers (Mal)
4- W.R.A.T.H. (Malaysia)

2014 PALS Champions
Div.1 - Aisawan (Thailand)
Div.2 - Speed Aisawan (Thailand)
Div.3 - Virgin Aisawan (Thailand)

See you next entry! Happy reading ^_~

Wednesday, 17 September 2014

Langkawi (Day 1)

Huhuhu naik sedih tengok blog sendiri yang macam takde tuan ni ha..Busy busy busy sampai terabai 1 kesayangan ni..

Ok takmau panjang cerita.. Memang nak kasi habis punya story pasal vacation kitorang yang dah basi tu. Previous story here . Dan yang paling penting dah langsung pun wedding my aunt. Nah belanja 1 gambar. Hee...



So esok paginya kitorang bangun agak lambat sebab tido lambat.. Around 11am, kitorang terus pegi ke Kompleks Haji Ismail Group kat pekan Kuah. Bukan nak shoping tapi sebab nk amek angin aircond. Kehkehkeh. HIG la ni cantik baq ang. Hotel dia pun dah terpacak kat sebelah. Sesambil tu usha la jugak buah tangan untuk diri sendiri. Ni nak kaborkan kalau nak beli keychain or fridge magnet or something like that, better beli kat dalam kedai HIG. Pasal dalam kompleks HIG tu banyak kedai lain dan kiosk kecik. Dan harga dalam kedai HIG itu sendiri dah murah. Rambang mata kau!


So lepas dapat sejukkan badan, belek punya belek map, we decide to go to Makam Mahsuri. Tiket masuk RM 5 per person for adult and RM 3 per person for child (Warganegara dengan MyKad). Waktu operasi dari pukul 8am till 6pm. Hah cuaca kat sana jangan cakap la kan..Panas wooo! Haha takpe kami gagahkan jugak..Banyak cerita pasal Mahsuri ni yang mana bila hayati betul-betul mau keluar air mata ni. Tak same perasaan bila ade kat sane. Dengan background music, replika ape sume memang tambah syahdu. Al-fatihah untuk beliau.






Al-fatihah~



Agak lame la jugak kami pusing kat Makam Mahsuri tu.Yela bukan selalu dapat berjalan camni punya lama kan. So after that kami dapat call dari member baru yg deal pasal kereta sewa kitorang ni,En.Lee.... And guess what? Dia ajak kami lepak kat tepi pantai sebelah airport sambil makan laksa. Ingatkan ade ape la kan...So dia pick up kami dari hotel pastu terus pegi sana. Aku si sang jakun ni punyalah happy bukan je dapat makan laksa, tapi dapat tengok sunset tepi pantai woooo!!!! Huhu memang kegilaan aku kalau dapat tengok sunset ni.



Romantika de amor. Ouchhhh~~~!


So lepas dah puas tengok sunset, perut pun dah kenyang, dengan lajunya Lee anta kami balik hotel. What a nice guy I think ya.. Hmm and I think I should post about this Mr.Nice Guy..Huhu..

Malam tu kami tak kemana memandangkan badan rasa letih sangat. Lagipun ape yang nak dikejar. Lame kot kami kat sane. Plus we got surprised from Lee!! Nak tau ape? So see u tomorrow. Huhu~

Wednesday, 18 June 2014

Trip to Langkawi

Orait lupekan seketika masalah kereta. Biaq pi pandailah centre nak kasi setel camne kn..

Wuhuuuu kali ni aku tak nak simpati pun. Cume nak share long vacation aku ke Langkawi dengan makcik aku sebelum diijab kabulkan on June 2014. Congratulations in advance. Mihiii... Our vacation are from 17/02/2014 -  20/02/2014. Holiday ni dah lame pun plan since 10/2013.. Haaa tudiaaa memang plan bebetul sebab nak cuti panjang. Biar semua smooth.. Kitorang book hotel siap-siap cume kereta sewa jek tak carik lagi. Sebab dek kerana kepandaian kitorang yang konon nak carik kat sane jek. Pastu mendapattt.

Kitorang gerak dari LCCT ari ahad pukul 10 malam camtu. Lepas check boarding pass, kite tak dengar la plak flight nombor berape. Ekceli macam tak payah tau pun takpe kot sebab memang semua orang kat situ nak gi Langkawi. Tapiiii sebab takot terlepas sampai Phuket, gagahkan jugak diri pi tanya sorang brader ni..Dia cuma kate 'Ikot jela depa suma ni.Ni suma nak pi Langkawi jugak'.. The truth is, dia pun tak tau flight nombor berapa. Cehhh!! So dia pun tanye la datang sebab nak bercuti ke sebab study. Bila kitorang cakap nak bercuti, dia tanya plak dah ade kereta sewa ke belum. '....macam nak carik kat sane jek nnti...' Mohon jangan buat camtu ye sume lagi-lagi bila sampai sane dah lewat malam. Alamatnye tido kat airport.

So penyewaan kereta kami diselesaikan oleh brader tadi yang hanya mahu dikenali sebagai Lee.. Lepas dapat kereta ape semua, kitorang terus ke tempat tidoq yang dah siap di booking di T-Star Cottage. Tempat dia memang sangat best. I'll give them 4/5 star.. Lokasi kat Chenang. Takde la ulu sangat dan sangat mudah untuk dicarik. Sampai sane tambah 1 malam sebab kitorang sampai awal. Lepas check in, terus kluar carik port makan. Lapaq baq ang....

So sini aku belanje gambar cottage kitorang.





RM 75 for first night and RM 55/night for the next night. Paling paling paling suka tang toilet jek. Haha..Kat sini ade jugak disediakan kereta sewa tapi nak buat camne..Hati dah terpikat dengan kereta lain hoihhh..



Konsep yang diketengahkan kat situ ade sket ciri kampung. So when u get there, u'll feel so calm and relax. Pilihan kami Kampung House-Ground Floor. Jimat k jimat! Memang carik yang paling save cost sebab datang sane bukan untuk tido semata. Ha tips jugak tu. Asal selesa sudah tapi janganlah plak carik yang cikai sangat.

So malam tu kami tido dalam keadaan mengenyangkan. Alhamduliiah..Pengembaraan bermula on the next day.. Zzzzzzz~~~

Wednesday, 26 February 2014

Malang Tak Pernah Ada Bau !!

Assalamualaikum w.b.t

Aduiiiyoiii lame betul rase tak hapdet blog. Selamat hari rabu, selamat menghadapi stress bekerja, selamat untuk semua. So arini aku memang sesaje nak share cerita sedih aku. Mohon simpati dari kalian ek..Heeee..

Hari sabtu, 15/02/2014 aku rase aku accident. Aku rase la, sebab aku pun tak pasti nak kategorikan as accident or anything yang lebih spesific.


Sedih, sebak, pilu, sentap dan segala macam perasaan lagi sume ade. Dah la nak gi holiday, kereta pulak buat hal. Mau jek aku saman diri sendiri sebab terlampau cuai. So penunggang, pemandu kat luar sane plis plis plis be more extra becareful. Betul sumpah aku tak tipu. Malang mane pernah ada bau. Kalau ade, dah lame aku elak. Bende pun dah jadik kan. Berhenti membebel plis. Hahaha...

Sekian short entry untuk tagih simpati. Kahkahkah~