Thursday, 28 November 2013

Family Day Siri 2/2013

Ohhhamboiii kemain bercuti berjalan saje kan aku ni. Haa yela sementare ade orang ngajak, aku on jek. Family day kali ni diadakan di Permaisuri Resort,Port Dickson. Ehh Port Dickson lagik! Ehehe.. Tapi takpe lain tempat. Kalau tempat same, aku pun boleh muntah kaler pelangi. Family Day kali ni lame sket dari 22/11/2013-24/11/2013. 3hari 2malam kauuu.. Dan yang paling special kali ni punye family day sebab kitorang gi ngan staf-staf dari Jabatan Pendaftaran Negara KulaiJaya.




Aktiviti ari pertame, kitorang berBBQ. Opss silap. Diorang yang berBBQ. 1st day kitorang datang lambat lagik. Tunggu abang aku balek keje, plus amek adek aku kt UiTM Lendu, lebih kurang kol 3 pagi baru kitorang sampai PD. Penat gilak weii dok lame-lame dalam kereta. Nasib baik aku tak drive. Kalau aku yang drive, mau 3petang baru sampai. Ahaks~

Aktiviti hari kedua, jadik badak selama setengah hari kat swimming pool bawah tu ha. Gile batak sampai tak nak kluar pun dari kolam tu. Ahhaiii sampai ade yang bukak klas renang lagi tu.



Petangnye pulak ade aktiviti sukan yang di conduct oleh adek aku sendiri. Banyak jugak la sukan-sukan yang di anjurkan. Tapi yang bestnye yang menang/kalah tetap dapat hadiah. Weheeee.. Mak aku plak dapat cabutan bertuah menang DVD PLAYER. Wahh rezeki la tu oii pasal yang kat rumah punye dah jahanam.




*MAI EBRITING*

Aktiviti sebelah malam,dah tentunye bebas! So malam tu kitorang gi lagik ke Expo Teluk Kemang plus carik makanan. Lapo beno dah perot ni ha.



Balek dari expo, kitorang tengok cerita The Conjuring seraya merasmikan hadiah mak aku tu ha. Ehehe... Bayangkanlah pukul 2 pagi tengok cerita tu tambah dengan adegan-adegan yang mampu menjatuhkan jantung ke lantai. Tak boleh tido malam tu woii.

Aktiviti hari keempat pulak, balik. Aihhh kejap jek dah balek ek. Macam mane laa tak rase kejap kalau bijik mate ni celik pukul 10 pagi. Walhal dah plan pagi tu nak gi panjat rumah api kat bukit belakang tu ha. Lastly, bukit tah kemana, tido jek dibesokan. Balik melopong cenggitu jek.. Kesian~

Ayah takde.. Sobs T_T

Our new family members. Paling kanan & paling kiri. Ehehe..
So far dari pegi sampai balik memang happening la. Ade jek gelak ketawe yang nak dijadikan bahan. Tambah plak dapat kumpul 1 family. Yela kalau balik kampung pun belum tentu dapat kumpul semuanya. So pukul 12 kitorang checkout pastu terus balek kL. Dari penceritaan mak aku, management Permaisuri Resort ni dah nak bertukar tangan. Owhh dats why la tv,  air cond, ice box dah macam hidup segan mati tak mau. Haha.

Dannnnn.. Ehemm.. Weekend ni plak kitorang plan nak gi Cameron Highlands. Haaaaihhh berjalan lagik. Cehh padahal excited. Ahaks~

6 comments: