Thursday, 28 November 2013

Family Day Siri 2/2013

Ohhhamboiii kemain bercuti berjalan saje kan aku ni. Haa yela sementare ade orang ngajak, aku on jek. Family day kali ni diadakan di Permaisuri Resort,Port Dickson. Ehh Port Dickson lagik! Ehehe.. Tapi takpe lain tempat. Kalau tempat same, aku pun boleh muntah kaler pelangi. Family Day kali ni lame sket dari 22/11/2013-24/11/2013. 3hari 2malam kauuu.. Dan yang paling special kali ni punye family day sebab kitorang gi ngan staf-staf dari Jabatan Pendaftaran Negara KulaiJaya.




Aktiviti ari pertame, kitorang berBBQ. Opss silap. Diorang yang berBBQ. 1st day kitorang datang lambat lagik. Tunggu abang aku balek keje, plus amek adek aku kt UiTM Lendu, lebih kurang kol 3 pagi baru kitorang sampai PD. Penat gilak weii dok lame-lame dalam kereta. Nasib baik aku tak drive. Kalau aku yang drive, mau 3petang baru sampai. Ahaks~

Aktiviti hari kedua, jadik badak selama setengah hari kat swimming pool bawah tu ha. Gile batak sampai tak nak kluar pun dari kolam tu. Ahhaiii sampai ade yang bukak klas renang lagi tu.



Petangnye pulak ade aktiviti sukan yang di conduct oleh adek aku sendiri. Banyak jugak la sukan-sukan yang di anjurkan. Tapi yang bestnye yang menang/kalah tetap dapat hadiah. Weheeee.. Mak aku plak dapat cabutan bertuah menang DVD PLAYER. Wahh rezeki la tu oii pasal yang kat rumah punye dah jahanam.




*MAI EBRITING*

Aktiviti sebelah malam,dah tentunye bebas! So malam tu kitorang gi lagik ke Expo Teluk Kemang plus carik makanan. Lapo beno dah perot ni ha.



Balek dari expo, kitorang tengok cerita The Conjuring seraya merasmikan hadiah mak aku tu ha. Ehehe... Bayangkanlah pukul 2 pagi tengok cerita tu tambah dengan adegan-adegan yang mampu menjatuhkan jantung ke lantai. Tak boleh tido malam tu woii.

Aktiviti hari keempat pulak, balik. Aihhh kejap jek dah balek ek. Macam mane laa tak rase kejap kalau bijik mate ni celik pukul 10 pagi. Walhal dah plan pagi tu nak gi panjat rumah api kat bukit belakang tu ha. Lastly, bukit tah kemana, tido jek dibesokan. Balik melopong cenggitu jek.. Kesian~

Ayah takde.. Sobs T_T

Our new family members. Paling kanan & paling kiri. Ehehe..
So far dari pegi sampai balik memang happening la. Ade jek gelak ketawe yang nak dijadikan bahan. Tambah plak dapat kumpul 1 family. Yela kalau balik kampung pun belum tentu dapat kumpul semuanya. So pukul 12 kitorang checkout pastu terus balek kL. Dari penceritaan mak aku, management Permaisuri Resort ni dah nak bertukar tangan. Owhh dats why la tv,  air cond, ice box dah macam hidup segan mati tak mau. Haha.

Dannnnn.. Ehemm.. Weekend ni plak kitorang plan nak gi Cameron Highlands. Haaaaihhh berjalan lagik. Cehh padahal excited. Ahaks~

Thursday, 14 November 2013

Family Fun Day 2013 (Part 2)

Heee hari ke 2 family day takde la semudah yang aku jangke. Sebab dah set kat otak akan bangun lambat bile weekend. Dan padahnye, aku tertinggal bekpes. Bangun-bangun pagi tu, siap cecantik sket trus bekpes air masin. Orang kate matahari pagi tu baik untuk kulit. Mihihi.. Poyo-poyo bersidai tepi pantai nak buat istana pasir. Cehhh bentuk tupperware ade ah.

Tengah syok-syok jemur diri kat tepi pantai tu, kitorang didatangi beach boy yang memang terkenal dengan koleksi ayat-ayat manis untuk melariskan perniagaan bot pisang diorang tu. Agak mahal la jugak. Tapi aku ok kan jek sebab first time nak naik. Walhal dulu dah pernah snokerling mase kursus kat Pulau Pangkor cume tak sempat nak berbanana boat jek. Excited weiii....




Kebiasaan tiap-tiap tahun mesti tinggalkan replika hidup..ahaks. Tiap-tiap tahun mesti orang yang same.


Memang.. Memang memasing suke posing. Aku? Pi carik dlam laut.




Pagi tu agak lame la jugak jemur kulit. Dah pukul 11 terus balik homestay siapkan diri dan barang untuk pulang. Ye r kang pukul 2 nak check out. Plus lelame berjemur kang, bile naik keje takot orang ingat aku dari afrika plak. Ahaks~

Balek tu singgah makan kat kedai yang ade kat area homestay tu. Pastu terus cabut balek KL. Dan ura-ura tahun depan buat kat rumah nenek jek kat kampung. Haaa lagik jimat. Hihihi...





Dan dikesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samaada secara langsung mahupun tidak. Mohon maaf dari pihak penganjur andai ada sebarang kekurangan. Jumpa lagi tahun depan.. See yeah..


++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dah happy-happy balik holiday tu tetiba dapat call yang rumah abg aku kat Selayang kene pecah masuk. Habis penyamun tu kemas rumah. Tv, kereta, mesin-mesin and so many other things lagi kene kebas. Tapi alhamdulillah sabtu lepas, team IPD Gombak dapat berkas penyamun-penyamun tu.
So you guys out there please be extra becareful while leaving home. Jenayah ade dimane-mane. Have fun!

Wassalam~

Friday, 8 November 2013

Family Fun Day 2013 (Day 1)

Assalamualaikum!!

Weee masih dalam mood holiday konon. Walhal keje menimbun terpaksa ngadap. But its ok. I'm a supergirl sume boleh settle. Cewahhh..

K.. Dah macam jadik adat family kitorang untuk buat family day tiap-tiap tahun. Visi dan misi masih same iaitu untuk mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga disamping dapat mengendurkan kedutan-kedutan dimuka akibat stress bekerja. Ekekeke...

So pilihan destinasi kitorang tahun ni kat Teluk Kemang,Port Dickson,Negeri Sembilan selama 2hari 1malam dari 26-27/10/2013. Lepas berdiskas dengan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain, penginapan ditetapkan di Homestay. Homestay ni ada 4 bilik. Master bedroom dia beso sangat k. Muat la 10 orang dalam tu. Harge 1 malam rm450. Sume orang sumbat dalam rumah tu.



Jarak dari homestay nak ke pantai tu memang agak jauh gak la. Nak kene turun bukit, naik jejantas, baru la sampai pantai. So petang tu sampai-sampai je terus layan air masin. Jakun kan kat Shah Alam takde laut.



Macam biase la bile kate family day ni dah berkumpul ramai-ramai tak kan nak ngadap muke sesame sedare. Family day tanpa BBQ ibarat kereta tanpa signal. Haaa tak lengkap gitu kan.



Bile dah kenyang tu, kitorang pun gi la mencuci mate kat expo yang ade kat Teluk Kemang tu. Macam-macam ade jual sampai tak menang mate nak memandang. Tapi aku cume beli air jek sebab aku bukan suke pun beli-belah bile gi holiday ni plus masetu bukan waktu gaji. Sekian,kesian... 

Ada sket hiburan dari band-band underground. Boleh la utk hiburkan hati yang berduka lara.. Keh keh keh...

Ehhhh den dah poie.. Ekau dah poie? K tak beli pun. Ahaks~!



Yeahhh JDT k.

Dah abeskan mase kat situ, balik rumah terus baammm tido! Tapi pakcik-pakcik terus bukak meja kopi depan rumah. Ngeteh katenyee...Aktiviti laut kurang pasai aku datang lambat =(

Part 2 akan bersambung dalam keluaran siri 2..keh keh keh..