Thursday, 18 July 2013

Hikmah Tiada Jodoh

Assalamualaikum

Well hello~

Semalam gi selak-selak pesbuk.. Pastu ade terjumpe 1 post pasal tak de jodoh..Kebanyakan dari kite amatlah susah (termasuk aku) untuk terima hakikat dan kenyataan bahawasanya percintaan yang dibina dan berharap berakhirnye ke jinjang pelamin tu musnah dalam beberape kelip mate.. Fuhhh kalau yang jenis akal simgkat , sanggup buat ape jek.. Contoh pun da banyak yang kite tengok kat media massa kan. So, sempena ari baik bulan baik, mari same-same kite fahamkan hikmah disebalik putusnya sesebuah ikatan percintaan sesama insan..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hikmah Tiada Jodoh

Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni.

"Dah takde jodoh..."

Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya:

Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah.

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan.

Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah asbab.

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh,
Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja.

oleh:Muhammad Rusydi 


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila kembalinye seseorang tu kejalan Allah, ada pulak suara sumbang yang cakap 

"Dah terhantuk , dah menyesal baru nak ingat Allah"

"Tu laaa... Mase bercinte, sakan sangat.. Dah camni baru la nak menangis bagai.."

Sedara/sedari , bukankah itu jauh lebih baik dari orang tu terus hanyut dan buat bnde yang bukan-bukan.. Kot-kot datang akal pendek, dia gi terjun bangunan ke.. Tak ke berdosa berlipat ganda camtu.. Orang-orang camtu, wajar kite bagi dorongan dan kate-kate semangat.. Bukan mudah nak bangkit dari kekecewaan.. Cewaaahhh ayat kemain..

Well semua, masing-masing ada yang tersilap langkah dalam buat sesuatu perkare.. kan kan kan... Macam aku jugak yang tak lari dari buat kesilapan.. Same-same mohon keampunan sementare masih bernyawe...

Sekian,

Wassalam ~_~


Tak tau nak pilih jurumekap yang best?Ni aku syorkan satu..
Klik SINI

TQ

8 comments:

  1. tqvm sudi komen dan follow kak..

    p/s betul..bila kita niatkan semua kerana Allah..itulah yang kita dapat. tapi sewaktu bercinta, kita lupa segalanya, maklumlah..cinta tu buta (atau kita yang buta menilainya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. same-same kak..

      kite jadik bute sbb cinte..tu la padahnye bile sumer diketepikan..

      Delete
  2. Betul la orang kata, cinta tu buta. Padahal manusia yang buta kerana cinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..dah pkai spec pun masih tahap rabun2 ayam lagik..hoho

      Delete