Wednesday, 18 December 2013

Sembang 2014

Assalamualaikum~

Mohon bincangkan secara berhemah dan bijaksana. ppffttt~



Thursday, 12 December 2013

Friendship Forever Trip 2013

Wahhh tajuk kemain. Dah lepas family day, frenship day plak. Coming soon, sibling day plak. Ahaks~

Event ni di anjurkan oleh geng-geng ofismate akak ipar aku. Hah kau. Geng akak ipar pun aku boleh join. Betape peramahnye aku ni kan. Holiday kali ni di buat di Cameron Highlands on 30/11/2013-01/12/2013. Macam sebulan lamenye holiday aku ni. Walhal 2 hari jek. Macam biase penginapan kat homestay kat area Tanah Rata. Check-in pukul 3.00 pagi (Sabtu) and check out pukul 12.00 tghri (Ahad).

Datang sane tengah musim hujan ni kan. Dia punye sejuk memang WOWWW naik beku darah kat tapak kaki ni ha. Dah memasing berstoking jek sepanjang hari. Dah macam orang dalam pantang pun ade. Sampai pun dah pukul 3 pagi, sah-sah la bangunnye pun pukul lambat. Tapi dengan keadaan dan suhu kat sane, terase macam baru pukul 6 pagi.

Uniform khas~
So pukul 12 tu kitorang pun get ready la nak keluar. Yelah tak kan nak terperuk jek kan dalam rumah. Lagipun just gerimis jek apelah sangat. Demi stoberi, ku gagahkan jua. Lokasi pertame gi Big Red Strawberry Farm (Agro Tourism Garden) bersarapan kat sane. Tah ape pesen bekpes kol 1300.

Yang tu namenye pancake a.k.a lempeng
Strawberry Sundae
Lepastu pusing-pusing melawat tapak semaian. Sayur sumer murah belaka. Tapi takde makne pun bagi aku sebab aku bukan penggemar sayur yang segar bugar camtu. Allergic mungkin. Hahaha




Kamilah kanak-kanak tercomel abad ini~

Perjalanan di teruskan ke Rose Valley. Tiket masuk RM 4.00/person for adult and RM 2.00/person for children. Mase kitorang gi ni gerimis lagik dan makin lebat. Nasib baik tempatnye berbumbung so dapat la back to nature. Heaven sangat-sangat okey.









Patung lucah~

About 1 hour dalam Rose Valley tu, kitorang pun terus la bergerak ke cafe berhampiran (lupe name tempat). Mencarik-carik resepi menarik untuk di jadikan lunch pukul 5 petang tu. Ekceli waktu tu aku dah lapokan nasik. Kalau tak dapat nasik pun, terasae macam nak makanan yang bergoreng. Tapi harapan tinggal harapan. Lepas berbincang dengan otak, akhirnya pilihan di buat.

Sedap sangat-sangat yang teramat sangat woiii

Lepas balik dari cafe tu, singgah pasar kat Brinchang. Wahhh jammed macam nak pitam. Kat situ turun sat gi beli cendawan goreng dengan jagung untuk di bakor malam kang.

Aktiviti sebelah malam, berBBQ. Menu utama, ayam. Makanan  tambahan sampingan plak jagung dan sosej bakar. Tok sah nak banyak sangat la kan sebab cume brape orang jek. As usual, tugas aku cume menanti makanan yang dah siap. Ekeke..





Tadaaaa~~~ Chef dah siapkan 1 set ayam + sosej bakar + mushroom sos. Naisss~
Hari kedua, bangun-bangun terus bersiap. Kalau ikot plan, balek tu nak pegi ke Jerantut sebab ade wedding. Tapi cancel sebab kalau ikot kiraan waze, maybe sampai sane dalam pukul 5 petang tu pun kalau tak jammed!




So perjalanan diteruskan ke Bharat Tea (Cameron Valley). Minum segelas dua air pastu caboottt. Yang best kat situ, environment sangat-sangat menyegarkan mate nan memandang. Hiaju saujana. Ishh rase macam tak nak balik. Dengan angin yang sesepoi bahase tu. Memang umphhhh!





Sesudah minum, kitorang pun terus ke Taman Agro Al-Mashoor. Masetu lebih kurang pukul 1430. Memula pegi kat area dessert. Kat situ beli la eskrem stoberi, stoberi coklat, dan macam-macam lagik yang berasaskan stoberi. Mate dah berpinar sane sini kaler pink. Kitorang lunch kat situ memandangkan dah terjumpe kedai makan. Cume 1 jek yang aku tak puas ati, servis lambat yang amat. Aku cume oder Teh o Ais jek pun kene tunggu kat kaunter sampai 15 minit. (Kalau awak terbace entry ni, harap dapat improve ye servis awak tu). Hihihi..

eskrem stoberi + stoberi celup coklat

Yang ni nak habak maii..... Laksa penang dia sedap sangat.Pekat Likat Melekat Terbaik!!

After all, perjalanan diteruskan ke pasar. Beli jagung and some ole-ole untuk ofismate and soulmate. Cehh soulmate tu tipu. Lebih kurang pukul 10malam kitorang selamat sampai rumah. Perubahan cuaca yang mendadak, ari selasa MC sebab demam. Kuikuikui~

Keadaan berkabus yang sangat tebal setebal mekap Che Ta. Upsss~

Next destination, Awana Kijal Terengganu. Tapi tengah musim banjir ni, macam tukar plan ke Legoland, Johor. Back to home~

Thursday, 28 November 2013

Family Day Siri 2/2013

Ohhhamboiii kemain bercuti berjalan saje kan aku ni. Haa yela sementare ade orang ngajak, aku on jek. Family day kali ni diadakan di Permaisuri Resort,Port Dickson. Ehh Port Dickson lagik! Ehehe.. Tapi takpe lain tempat. Kalau tempat same, aku pun boleh muntah kaler pelangi. Family Day kali ni lame sket dari 22/11/2013-24/11/2013. 3hari 2malam kauuu.. Dan yang paling special kali ni punye family day sebab kitorang gi ngan staf-staf dari Jabatan Pendaftaran Negara KulaiJaya.




Aktiviti ari pertame, kitorang berBBQ. Opss silap. Diorang yang berBBQ. 1st day kitorang datang lambat lagik. Tunggu abang aku balek keje, plus amek adek aku kt UiTM Lendu, lebih kurang kol 3 pagi baru kitorang sampai PD. Penat gilak weii dok lame-lame dalam kereta. Nasib baik aku tak drive. Kalau aku yang drive, mau 3petang baru sampai. Ahaks~

Aktiviti hari kedua, jadik badak selama setengah hari kat swimming pool bawah tu ha. Gile batak sampai tak nak kluar pun dari kolam tu. Ahhaiii sampai ade yang bukak klas renang lagi tu.



Petangnye pulak ade aktiviti sukan yang di conduct oleh adek aku sendiri. Banyak jugak la sukan-sukan yang di anjurkan. Tapi yang bestnye yang menang/kalah tetap dapat hadiah. Weheeee.. Mak aku plak dapat cabutan bertuah menang DVD PLAYER. Wahh rezeki la tu oii pasal yang kat rumah punye dah jahanam.




*MAI EBRITING*

Aktiviti sebelah malam,dah tentunye bebas! So malam tu kitorang gi lagik ke Expo Teluk Kemang plus carik makanan. Lapo beno dah perot ni ha.



Balek dari expo, kitorang tengok cerita The Conjuring seraya merasmikan hadiah mak aku tu ha. Ehehe... Bayangkanlah pukul 2 pagi tengok cerita tu tambah dengan adegan-adegan yang mampu menjatuhkan jantung ke lantai. Tak boleh tido malam tu woii.

Aktiviti hari keempat pulak, balik. Aihhh kejap jek dah balek ek. Macam mane laa tak rase kejap kalau bijik mate ni celik pukul 10 pagi. Walhal dah plan pagi tu nak gi panjat rumah api kat bukit belakang tu ha. Lastly, bukit tah kemana, tido jek dibesokan. Balik melopong cenggitu jek.. Kesian~

Ayah takde.. Sobs T_T

Our new family members. Paling kanan & paling kiri. Ehehe..
So far dari pegi sampai balik memang happening la. Ade jek gelak ketawe yang nak dijadikan bahan. Tambah plak dapat kumpul 1 family. Yela kalau balik kampung pun belum tentu dapat kumpul semuanya. So pukul 12 kitorang checkout pastu terus balek kL. Dari penceritaan mak aku, management Permaisuri Resort ni dah nak bertukar tangan. Owhh dats why la tv,  air cond, ice box dah macam hidup segan mati tak mau. Haha.

Dannnnn.. Ehemm.. Weekend ni plak kitorang plan nak gi Cameron Highlands. Haaaaihhh berjalan lagik. Cehh padahal excited. Ahaks~

Thursday, 14 November 2013

Family Fun Day 2013 (Part 2)

Heee hari ke 2 family day takde la semudah yang aku jangke. Sebab dah set kat otak akan bangun lambat bile weekend. Dan padahnye, aku tertinggal bekpes. Bangun-bangun pagi tu, siap cecantik sket trus bekpes air masin. Orang kate matahari pagi tu baik untuk kulit. Mihihi.. Poyo-poyo bersidai tepi pantai nak buat istana pasir. Cehhh bentuk tupperware ade ah.

Tengah syok-syok jemur diri kat tepi pantai tu, kitorang didatangi beach boy yang memang terkenal dengan koleksi ayat-ayat manis untuk melariskan perniagaan bot pisang diorang tu. Agak mahal la jugak. Tapi aku ok kan jek sebab first time nak naik. Walhal dulu dah pernah snokerling mase kursus kat Pulau Pangkor cume tak sempat nak berbanana boat jek. Excited weiii....




Kebiasaan tiap-tiap tahun mesti tinggalkan replika hidup..ahaks. Tiap-tiap tahun mesti orang yang same.


Memang.. Memang memasing suke posing. Aku? Pi carik dlam laut.




Pagi tu agak lame la jugak jemur kulit. Dah pukul 11 terus balik homestay siapkan diri dan barang untuk pulang. Ye r kang pukul 2 nak check out. Plus lelame berjemur kang, bile naik keje takot orang ingat aku dari afrika plak. Ahaks~

Balek tu singgah makan kat kedai yang ade kat area homestay tu. Pastu terus cabut balek KL. Dan ura-ura tahun depan buat kat rumah nenek jek kat kampung. Haaa lagik jimat. Hihihi...





Dan dikesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samaada secara langsung mahupun tidak. Mohon maaf dari pihak penganjur andai ada sebarang kekurangan. Jumpa lagi tahun depan.. See yeah..


++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dah happy-happy balik holiday tu tetiba dapat call yang rumah abg aku kat Selayang kene pecah masuk. Habis penyamun tu kemas rumah. Tv, kereta, mesin-mesin and so many other things lagi kene kebas. Tapi alhamdulillah sabtu lepas, team IPD Gombak dapat berkas penyamun-penyamun tu.
So you guys out there please be extra becareful while leaving home. Jenayah ade dimane-mane. Have fun!

Wassalam~